Monday, March 16, 2009

Pakabar sume,

Sorry lama tak up date. Bukannya ape di opis tak leh buka blog kat umah pula letih dan ngantuk so blog pun sesepi yang boleh le. Oh ye hari ni umi nak ckp mengenai tunjuk ajar dan nasihat.

Manusia terdiri dari bermacam-macam sikap, hati dan perasaan. Ada org boleh ditegor sebaliknya banyak yang tak boleh ditegor, Hati yang lembut mudah dilentur dan cepat menerima nasihat dan memandang positif bagi semua tegoran. Tapi kalau hati tu hati batu bak kata batu granite memang susah di lembutkan. Begitu juga perubahan akan dibuat bagi yang memang bertekad tuk berubah tapi jika tekat tak ada sia-sia je. Ok lah setekat ini je hari ini umi buat cerita nanti jumpa lagi.

Kata Mutiara Umi: Kita boleh bawa lembu ke tempat minum tapi kita tak dapat memaksa dia minum sama-samalah memahami yerrrr........;


Saturday, February 14, 2009

Valentine's Day


Hai

Hari ni aku nak ckp pasal valentine's day. Bayak org ckp jgn raikannya. Tapi bagi aku yang penting niat kita. Kalau kita mengingati hari kekasih dengan cara yang elok maksud aku beri hadiah kepada org yang kita sayang atau ajak candle light tu ok pe. Bukan kita buat party gile2 atau rai cara besar-besaran. Dengan cara raikan valentine's day kita akan lebih eratkan kasih sayang antara kita malah akan lebih mekar sesuatu hubungan itu maklumlah selama tahun demi tahun hidup bersama tentulah akan ada yang terluka dan dilukai. Oleh itu inilah masanya untuk sama-sama merawat segala luka kerana luka yang sikit bila terhimpun lama-lama akan jadi besar dan memakan kasih sayang yang dibina bersama. Terutama perempuan bila pasangannya ingat hari-hari yang sebegini akan timbul perasaan pada dirinya iaitu dia amat disayangi. Maka dia akan memberi lebih kasih sayang. Semoga hubungan kasih sayang kita semua akan kekal dan bertambah mesra.

Kata-kata Umiadmar: Kasih ibarat air sayang ibarat pokok. Jika selalu disiram sayang dengan kasih maka mekarlah sayang tersebut buat selama-lamanya dan terserlah kasih sayang.

Thursday, January 29, 2009

Kembali bersama mu


Hai sume kekawan.

Pekabar sume. Sorrylah cos lama tak menerjah dan diterjah. Sebenarnya aku terlalu bz entah ape-ape tak tau. Tapi tak abis ngan meeting lah itu lah ini lah. Tapi yang pasti aku terlalu rindukan sumenya mengenali diriku.

Oh ye hari ni aku nak syer ngan sume mengenai hal perasaan. Bila kita sebut perasaan aku teringat macam mana aku selalu ditimpa kesedihan dan tersentuh hati. Untuk pengetahuan sume aku agak sensetif tapi aku jugalah org yang selalu sabar dan simpan perasaan kecik hati. Kadang kala aku rasa sedih dan luka sangat dihati tapi aku cepat-cepat fokus otak aku supaya aku tak nangis. Ada banyak peristiwa yang aku lalui dengan penuh tabah. Cuma aku berdoa semoga hal-hal sedih sume u tak akan datang dalam hidupku ini.

Aku juga selalu mempunyai ramai anak angkat. Bukan aku ambil bela diri kecik tapi aku anggap anak angkat bila ada orang datang dan mula rapat dengan keluarga ku. Bukan nye apa aku lekas sayang pada orang-orang yang baik ngan anak-anak ku. Tetapi apa yang berlaku pada salah seorang anak angkat ku sangat menyetuh jiwaku malah telah menyiat-nyiat hatiku. Tau tak apa yang berlaku. Dia tidak lagi menanyakan kabar sakit ke sihat ke ape ke. Malah nak ucap tuk hari raya pun tidak. Mungkin ada perkara yang lain buat dia jadi gitu. Tapi dia kene ingat dia tu perfect ke. Janganlah baru nak jadi bagus dah pandai nak terjah org. Orang yang selama ni aku syg sgt macam anak sendiri buat perangai macam tu. Bila dia nak balik sini aku akan masakan lauk yang jadi kegemaran dia. Tapi tengok apa yang aku dapat sakit hati, sedih dan terluka adalah.

Sebab tu lah aku sekarang malas nak mempunyai anak angkat. Lagi satu anak angkat bukan seperti anak sendiri masa baik layan aku bagai nak rak tapi bila apa yang dia nak tak dapat ke ape ke mulalah dapat perangai sebenar. Aku ni bukan ape sian je budak-budak katakan. Kadang dia org tak dapat kasih sayang ibu bapa sendiri. Tapi aku ibarat Lilin yang dinyalakan. Menyinar org tapi diri aku sendiri terbakar.

Bagi aku kasih saya seorang anak tak dapat dinilaikan. Aku amat menyayangi anak-anak aku.
Tak kira dah kawin atau belum. Aku juga sentiasa doakan anak-anak aku dan aku akan teguh kasih sayang hingga akhir hayat. Aku juga nak anak-anak aku berjaya dalam apa jua cita-cita dia orang. Aku nak satu hari anak-anak aku semua berjaya dan akan bawa aku dan suami ku vacation sambil happy bersama keluarga. Aku suka vacation. Dapat menenangkan fikiran dan dapat satukan sesuatu family.