Thursday, November 27, 2008

Penghijrahan mencapai matlamat hidup

Apa khabar sume

Lama benar rasanya tidak berjumpa ye. Sehari tak jumpa terasa setahun gitulah kira-kiranya.

Hari ini hati ini terasa ingin mengenang kembali perkara yang lampau sekarang dan akan datang. Sesuatu perkara kalau kita hendakkan kejayaan perlu ada penghijrahan senang cakap perlu ada perubahan ke sesuatu yang lebih baik.

Kalau kita di alam fantasi berubahlah ke alam nyata, kalau dulu kita asyik bermenung macam mat jenin maka perlu bangun dari angan-angan dan bangun berjalan kalau boleh terus langkah dengan berlari. Jangan belenggu diri kita di alam fantasi cos sekarang bukan masa untuk bermimpi menjadi bidadari tapi mengejar untuk jadi permaisuri kerana bidadari adalah di alam fantasi tapi permaisuri di dunia yang nyata.

Sekali kita mengatur langkah keluar dari kepompong yang membelenggu kehidupan kita untuk menjadi seorang yang disayangi di hargai dan di sanjungi. Memang benar manusia tak de yang tak melakukan kesilapan dalam mengatur langkah tapi hendaklah kita baiki langkah seterusnya demi masa depan dan orang-orang yang kita sayang

Selangkah kita berusaha untuk berubah allah akan membuka langkah beribu langkah untuk kita ke jalan yang diredhai. Mencari kasih sayang biarlah dijalan yang benar. Walau bagaimana pun kita akan sunyi jika tanpa ditemani oleh rakan taulan. Syabas aku ucapkan bagi orang-orang yang tahu menilai ape itu kehidupan yang berjaya demi mencapai gold yang patut di capai bukan masih tidur lena di pohon yang rendang.

Salam sayang buat semua blogger.

LOVE U ALL

Wednesday, November 12, 2008

Ceria buat hari kedua

Hari ini hari kedua ku di alam blog. Hari ini juga ada beberapa perkara yang telah menyentuh hatiku tapi aku tak dpt luahkannya. Di pejabat pulak hari ni sibuk melihat pertama kali mesyuarat Dewan Undangan secara life. Menarik juga.

Aku mempunyai seorang adik angkat di Muar dimana susah senang kami bersama. Aku sangat syg padanya kerana dia terlalu ambil berat terhadap ku. Kami mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang Business Women yang hebat tapi tak tau bila dan sempat ke tak semuanya ditangan Allah swt.

Lama benar aku tidak pegi Muar memandangkan aku bertukar pejabat kerana adalah sedikit rezeki naik pangkat. Di pejabat baru aku perlu belajar byk perkara dan cuti aku pun makin pupus sehari demi sehari kerana dok demam mengejut je.

Kadang-kadang teringin benar nak makan otak-otak kempas, asam pedas muar dan macam-macam lagi yang menjadi kegemaran aku. Insyaallah bila aku berpeluang ke muar aku nak makan semua yang aku teringin.

Langkah pertama seorang blogger

Malam ini adalah malam pertama aku berjinak sebagai seorang blogger. Aku bukan pandai sangat maklumlah mula nak jinak-jinak. Hari ni tak de lah perkara-perkara yang boleh buat aku bawa sampai dlm mimpi. Aku secara tiba-tiba rasa nak jadi seorang blogger. Bukan ape kurang-kurangnye aku ada tempat nak bertukar-tukar fikiran.

Dulu aku suka berchatting best sgt ramai kekawan. Tapi sekarang bz sgt tak dpt nak berchatting waktu siang hari. Waktu-waktu begini aku terasa ingin berjalan-jalan dengan family. Aku suka sgt melancong dengan family terutama tempat seperti Cameron Hinghland, Bukit Fraser best sgt. Aku gemar suasana bukit, sejuk atau pun laut. Semua tu dpt menenangkan fikiran.

Aku rasa cukuplah buat pertama kali aku bersiar-siar di arena blog ini. Maklumlah ibarat malam pertama tak boleh gelojoh sangat. Tuuunnnggggguuuuu setelah aku warm up nanti baru lah rancak dan akan ada ummpppppp baru lah tak baca nanti akan seperti tidur takde bantal makan tak de lauk dan minum............ minum milo jadi kuat dan sihat hehehehehe jgn marah aaaa!